Monday 29 April 2013

PAPAN CERITA

Papan Cerita (storyboard) bermaksud satu siri lakaran bagi memggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. ia juga boleh di katakan susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang di persembahkan bagi tujuan pra-tayangan, gambar gerak atau media interaktif.

Ia merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan teratur.

Menurut Wikipedia, “Storyboards are graphic organizers in the form of illustration or images displayed in sequence for the purpose of pre-visualizing a motion picture, animation, motion graphic or interactive media sequence.

Setiap papan cerita perlu mengandungi maklumat berikut :
  • Suatu lakaran ataub lukisan diatas skrin, halaman atau bingkai.
  • Warna dan saiz grafik.
  • Teks sebenar diatas halaman.
  • Narration 
  • Animasi
  • Video
  • Bunyi


Kepentingan Papan Cerita


  • Membantu untuk merancang perjalanan cerita animasi dari satu gambar ke satu gambar lain.
  • membantu meletakkan unsur-unsur saspen dan menarik.
  • membolehkan kita membuat sebarang perubahan sebelum memulakan proses animasi.
  • mempersembahkan 'storyboard' kepada orang lain untuk mendapatkan maklum balas tentang idea tersebut.
Contoh Gambaran Paparan Cerita